Wednesday, October 12, 2011

“Hadiah Cinta” – Sebuah Anugerah Terbaik

Cinta dan kasih sayang boleh diibaratkan sebagai tunjang sebuah rumah. Tanpanya, rumah tidak akan mampu berdiri teguh, apatah lagi untuk menghadapi bencana yang senantiasa mendatang. Jika diperhatikan dengan mendalam, sebuah keluarga yang bahagia yang dipimpin oleh para ibu bapa bijak akan menanam sifat kasih-sayang ini seawal mungkin. In bersesuaiain dengan kehendak Rasululullah melalui hadithnya yang bermaksud, “Cintailah anak-anak dan kasih sayangi lah mereka. Bila menjanjikan sesuatu kepada mereka tepatilah. Sesungguhnya yang mereka ketahui hanya kamulah yang memberi mereka rezeki.” (Hadith Riwayat Ath-Thahawi).

Hadiah terbaik yang ibu bapa boleh berikan kepada anak-anak mereka ialah “hadiah cinta.” Bayangkan jika kita hidup mewah dengan perlatan terkini tetapi tiada siapa yang menemani kita. Walau bagaimana canggih sekalipun barangan tersebut, tarikannya akan pudar dalam masa yang singkat sahaja. Tanpa cinta, kasih-sayang dan interaksi sesama manusia, hidup tidak mungkin akan bahagia. Perkara yang sama juga boleh berlaku untuk kanak-kanak. Kasih-sayang dan perhatian dari ibu bapa tiada gantinya.

Apakah bentuk hadiah-hadiah cinta yang boleh kita berikan? Pertama sekali, jika kita sayang akan seseorang, kita perlu pastikan yang dia tahu. Jika tidak, si dia mungkin akan mencari cinta di tempat lain. Bolehkah anda hitung berapa kalikah karakter-karakter di dalam cerita di televisyen yang kehilangan orang tersayang semata-mata kerana dia takut untuk meluahkan kata-kata cinta?

Di alam realiti, ibu bapa bijak memastikan mereka tidak “kehilangan” anak-anak mereka dengan memastikan ungkapan “Ayah/Ibu sayang kamu” diucapkan beberapa kali sehari. Mereka juga melengkapkan ungkapan tersebut dengan pebuatan – anak-anak dipeluk dan dicium di setiap ketika yang sesuai. Anak-anak mereka akan mendapati hari-hari mereka terus menjadi satu hari yang ceria dan bahagia.

Mereka juga menjaga tuturkata mereka. Ibu bapa bijak menggunakan perkataan-perkataan positif yang memberi galakan, bukannya yang negatif melalui kritikan. Mereka bercakap dengan anak-anak secara yang terbaik, lebih baik daripada cara mereka bercakap dengan rakan-rakan ataupun orang lain. Mereka masih mampu menjaga tuturkata tersebut walaupun di dalam keadaan marah dan tertekan.

Di dalam setiap situasi, kita mempunyai pilihan untuk melhatnya secara positif atau negatif. Contohnya, apabila anak-anak tidak melakukan kerja sekolah, ibu bapa mungkin memarahi anak mereka sambil berkata “Kenapalah awak ni? Selalu berat nak buat kerja. Selalu lupa!” Itu adalah perkataan negatif yang menyerang peripadi anak secara terus. Kata-kata ibu bapa adalah doa. Lama kelamaan, ianya akan dimakbulkan Tuhan dan anak tersebut akan menjadi lebih malas dan pelupa.

Sebaliknya, ibu bapa bijak akan memilih untuk menggunakan perkataan yang positif. Mereka akan berkata “Ada apa-apa yang kamu belum siapkan lagi? Kalau tak faham, mari ibu/ayah tolong.” Anak-anak akan berasa lebih teruja untuk menyiapkan kerja mereka kerana mereka mendapat galakan positif. Jiwa mereka juga lebih tenteram kerana peribadi mereka tidak diserang dan dilabel sebagai seorang yang tidak baik.

Hadiah cinta juga boleh diberikan melalui perbuatan. Umpamanya, apabila ibu memasak di dapur, dia akan memasukkan “sepenuh kasih-sayang” sebagai resepi terakhir. Sebab itulah masakan ibu adalah yang terbaik di dunia. Si ayah pula akan bermain-main dengan anak kecil dengan sepenuh perhatian. Malah, setiap aspek kehidupan seperti pembelajaran, keagamaan dan perbuatan diselitkan dengan perasaan cinta.

Jika ibu bapa gagal memberikannya secara proaktif, anak-anak akan “meminta-minta” perhatian dan kasih-sayang dengan melakukan perkara-perkara yang tidak kita sukai seperti menangis-nangis, tidak bekerjasama, melanggar peraturan ataupun tidak memberi perhatian kepada pelajaran. Semua ini adalah simptom-simptom anak yang tidak mendapat hadiah cinta dari ibu bapa mereka.

Oleh itu, ibu bapa bijak memberikan “hadiah cinta” tersebut sebelum ianya dipinta. Saat-saat indah kehidupan tidak berlaku semasa kita membeli-belah barangan mewah. Sebaliknya, kenangan manis akan terpahat tatkala kita meluangkan masa untuk bergurau-senda, berinteraksi dan memberi sepenuh perhatian dan kasih-sayang kepada keluarga!

Zaid Mohamad ialah seorang Perunding Keluarga Bertauliah dan pengarang buku terlaris “Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat.” Hasil kerja beliau boleh dilayari di www.SmartParents.com.my dan beliau boleh dihubungi di email zaid@smartparents.com.my.

Untuk lebih banyak informasi, sila lawati:

Facebook Zaid Mohamad

TAWARAN TERHAD: Sesi ceramah PERCUMA oleh Zaid Mohamad mengenai “Strategi 7S Ibu Bapa Bijak” di pejabat, sekolah atau organisasi anda! Hubungi 019-6156-530 atau 017-280-5512, atau email kepada zaid@smartparents.com.my sekarang!

Sunday, August 7, 2011

Skrip & Behind the Scene: Puasa Pertama Si Anak Kecil

Salam semua & Selamat Berpuasa! Yeap, memang dah lama saya tak berkesempatan nak update blog, sebab perlu bagi masa dengan jadual kehidupan yang padat. Insyaalah saya cuba ubah dan cari baru untuk lebih aktif "blogging". Belum terlambat rasanya kalau saya kongsikan skrip saya ketika muncul di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 pada hari Rabu, Julai 27 lepas dan berbincang mengenai cara menangani puasa pertam
a si anak kecil...

Bukti kita boleh mula melatih anak berpuasa - Sunnah Rasulullah:

Dalam salah satu hadis, Rasul mengatakan, "Kami puasakan pula anak-anak kecil kami, dan kami berangkat ke masjid dengan menjadikan mainan dari kapas buat mereka, jika ada salah seorang dari mereka menangis minta makanan, kami berikan mainan itu kepadanya sampai masuk waktu berbuka." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Usia terbaik/ideal untuk bermula:

  • Tidak dinyatakan dalam mana-mana hadith atau sunnah
  • Tapi elok jika gunakan suruhan solat sebagai panduan – umur 7 tahun
  • Tapi boleh bermula seawal 6 tahun untuk membiasakan dengan rutin berpuasa seperti bersahur, berbuka

Bagaimana cara sistematik melatih mereka:

  • Jadikan ianya ceria dan penuh kasih-sayang, bukannya paksaan
  • Paksaan akan membahayakan fizikal dan juga mental (membentuk persepsi buruk bahawa puasa itu "membebankan".)

o Boleh dihentikan puasa jika anak betul-betul tidak tahan

o Sentiasa pantau, tanya dan perhatikan keadaan mereka

  • Lakukan secara berkala di peringkat awal – 4 jam, 8 jam, 13 jam.
  • Pastikan mereka mendapat khasiat seimbang yang diperlukan

Cara memotivasikan mereka agar puasa penuh

  • Perbetulkan niat kita – bukan untuk berbangga-bangga
  • Sediakan minda mereka:

o Ceritakan dalam bentuk “adventure”: kita akan masuk “Kem Ramadhan” di mana kita akan berlatih menjadi “Superman”;

o Bila keluar nanti, kita akan menjadi kuat dan gagah

o Gunakan karakter kegemaran mereka, seperti siri Upin & Ipin, episod "Berpuasa"

  • Lebihkan galakan moral, pujian dan kasih saying
  • Fleksibel – kurangkan paksaan, tetapi lebihkan galakan/pujian dan kasih-sayang
  • Alihkan perhatian mereka dari fokus kepada makan minum kepada fokus akan aktiviti, permainan (sunnah Rasulullah)

Raikan Kejayaan!

  • Sistem anugerah / hadiah – baik atau buruk?

o Elakkan berjanji untuk member hadiah materialistic atau wang ringgit – dikhuatiri anak terkeliru, dan menjadi “budaya baru”

o Cukup sekadar menyediakan juadah kegemaran mereka semasa berbuka (walaupun berbuka awal)

o Fokuskan kepada ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah SWT

  • Boleh beri hadiah, tetapi jadikannya sebagai sebuah “kejutan” ketika Syawal nanti, atau berikan “Sijil Penghargaan”

Berikut ialah gambar-gambar "Behind the Scene" semasa rancangan tersebut:


Dato' Khairul Anwar Rahmat (Lawyer, SukaGuam) ke udara sebelum giliran saya


Abby tengah meneliti kertas program


Sempat bertukar-tukar kad dengan Dato' Khairul


Giliran Zaid Mohamad pula. Bersiap-sedia untuk ke udara


Habis dah!


Hos MHI: Abby & Fedtri sedang berceloteh







Sunday, January 23, 2011

PANAS!! 8 Rahsia Kejayaan Sekolah Berasrama Penuh



Ramai ibu bapa yang mencari peluang untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh (SBP). Jumlah permintaannya terlalu tinggi sedangkan tempat yang ada amat terhad. Keputusan 5A di dalam UPSR bukan lagi menjamin tempat di sekolah-sekolah tersebut.

Apakah yang membuatkan ibu bapa tertarik dengan SBP, sedangkan anak-anak itu sendiri tidak semestinya teruja untuk ke sana? Bagi ibu bapa, para pelajar SBP biasanya menunjukkan sifat-sifat keperibadian yang tinggi. Mereka juga biasanya berdisiplin, berbudaya dan berjaya di dalam bidang yang diceburi.

Apakah semua itu benar? Apakah yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir bilik darjah dan bilik asrama SBP? Sekarang anda boleh mengetahuinya secara terus dari seseorang yang pernah menghabiskan masa remaja selama 5 tahun di sana – saya!

Ya, saya telah belajar selama 5 tahun di sebuah SBP bertaraf “elit” iaitu SM Sains Kelantan (sekarang dikenali sebagai SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra) di Kota Bharu. Saya telah melalui pelbagai pengalaman pahit manis yang telah membentuk peribadi saya di hari ini. Setelah 25 tahun berlalu, saya telah bertambah matang (harapnya lah!) dan berupaya untuk mengolah kembali pengalaman yang saya dan rakan-rakan telah lalui. Saya telah mangumpulkan segala pengalaman ini di dalam format “pembelajaran” supaya anda dapat mengaplikasikannya bersama anak-anak.

Ya lah, bukan semua orang berpeluang, atau berkehendakan, untuk memasuki SBP. Tetapi sekarang anda boleh mengambil jalan pintas dan menikmati faedah-faedanhya tanpa meninggalkan rumah!

Hari Pertama Saya Tidur di Asrama

Saya tidak segan untuk mengatakan bahawa air mata saya mengalir tatkala lampu bilik asrama dipadamkan pada malam yang pertama. Ketika berumur 13 tahun dan masih mentah, itulah kali pertama saya disedarkan dengan hakikat bahawa hidup yang baru dan jauh dari rumah telah bermula. Walaupun saya membesar dengan kakak dan bukannya dengan ibu bapa, perasaan “homesick” dan teringat kepada rumah amat kuat juga.

Bilik asrama tersebut memuatkan 22 orang penginap. Saya yakin banyak airmata yang mengalir pada malam itu walaupun tidak ramai yang sanggup mengakuinya….

Perasaan “homesick” agak serius di kalangan beberapa pelajar lain. Terdapat kes-kes di mana ianya begitu teruk sehingga membuatkan para pelajar tersebut ingin keluar dari SBP. Nasib baiklah perasaan tersebut hilang dari diri saya selepas beberapa hari. Tatkala itu saya telah mampu menemui rakan-rakan baru dan mula menikmati kehidupan yang baru tersebut.

Saya mempunyai empat orang anak; tiga daripadanya telah berada di sekolah menengah. Mereka semuanya telah mendapat 5A di dalam UPSR tetapi tiada seorang pun yang berminat untuk mengikut jejak langkah saya ke SBP. Tetapi saya tidak kisah. Mengapa? Kerana saya telah mempraktikkan pengalaman hidup saya di SBP kepada mereka. Setakat ini mereka telah menunjukkan kecemerlangan di dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Mereka bukan sahaja mengungguli kedudukan di dalam kelas, mendapat 5A (UPSR) dan 7A (PMR) tanpa tuisyen, malah dua daripada mereka (Amar Faisal dan Aina Shahira) juga telah dipilih sebagai Tokoh Murid.

Sekarang, anda juga boleh mendapat faedah dari cerita dan pengalaman saya. Aplikasikannya terhadap anak-anak dan nikmati faedahnya, semuanya tanpa perlu mereka mengalami perasaan “homesick”!

DAPATKAN 8 RAHSIA INI MELALUI E-BOOK TERBARU SMART PARENTS.

Pelajari cara mendidik anak untuk: Berdikari, Saling Memerlukan, Berdisiplin Tinggi, Menguruskan Masa, Mencari Tokoh Idola, Mempertahankan Martabat, Maruah, Buaday & Tradisi dan Membina Hubungan Yang Berkekalan.

Harga Pengenalan Hanya RM19 (Harga Biasa RM29) dan dapatkan BONUS eBook PERCUMA jika anda memesannya sekarang...

eBook PERCUMA: Islamic World - Membentuk Keperibadian Cemerlang - Panduan Ibu Bapa by Kelab Wanita UKM

*****Tekan di sini untuk membeli secara online & penghantaran segera*****

atau Direct Bank-in kepada akaun Maybank: 114188-000708 dan emailkan kepada: zaid@smartparents.com.my.

Monday, January 10, 2011

Dating Dengan Puan Isteri

Minggu lepas saya telah berkesempatan untuk mengambil cuti, maklumlah sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak (sebenarnya tak sibuk mana pun!). Pada suatu hari tu, lepas hantar anak-anak semua ke sekolah, saya dan Puan Isteri, Rose, terkebil-kebil tak tahu nak buat apa. Kebetulan dia kena pergi buat medical check, jadi kita orang bersetuju kalau pergi "dating" sekali best jugak ni.

So, selepas buat check up tu (nasib baik sekejap je), kami terus mencari sebuah restoran yang sesuai untuk "brunch". Pusing-pusing sekejap baru terjumpa sebuah tempat yang nampak agak menarik. Kami pun masuklah, pesan nasi lemak dan barli suam....memang sehati-sejiwa, sama aje pesanan kami berdua!

Jadi kami pun duduk la kat situ sekejap sambil berbual...rasa macam mula-mula bercinta dulu pulak dah. Sedar, sedar jam dah dekat pukul 12 tengahari...reality kicks in...kena ambik anak dari sekolah dah!

Tapi itulah, walaupun kami dah berkahwin lama dah (17 years), kami akan cuba sedaya upaya mencari dan mencuri masa untuk keluar berdating bersama-sama tanpa anak-anak. Ianya amat baik untuk meningkatkan semula hubungan di samping melapangkan minda dan menikmati masa private bersama Puan Isteri.

Kalau masa bercinta dulu, tak sabar-sabar nak keluar bersama setiap kali ada luang. Mengapa tidak sekarang? Cubalah sendiri!

Thursday, December 16, 2010

Artikel HARIAN METRO & Pautan Laman Web Hotel

Terima kasih di atas sokongan dan pertanyaan mengenai artikel interview saya yang disiarkan di dalam Harian Metro pada 15 Dis lepas. Anda boleh membacanya di sini.

Untuk mendapatkan diskaun hebat bagi bilik-bilik hotel "last minute" pula, anda boleh melawat laman web ini:

Last minute hotel reservation.

HARAP MAAF BAGI YANG TAK TERJUMPA INI SEBELUMNYA! Selamat Bercuti...!!

Friday, December 3, 2010

Aktiviti di Cuti Sekolah

Salam semua,

Sebagaimana yang dibincangkan di dalam MHI akhir November lepas, berikut ialah satu pelan tindakan yang saya cadangkan untuk menjadikan cuti sekolah ini sesuatu yang bermakna.

MESTI DIBUAT:

1. Perbincangan mencari “tujuan” di musim cuti ini – e.g. mengasah bakat seni/bahasa/muzik, menyiapkan projek DIY, menghabiskan buku bersama-sama

2. JADUAL WAKTU HARIAN – dibuat oleh anak, diluluskan oleh ibu bapa – untuk memastikan masa seimbang di antara aktiviti riadah (termasuk TV & computer) dan aktiviti bertujuan/berfaedah.

Aktiviti Cuti Sekolah berkos rendah:

1. bercuti, camping,

2. balik kampong

3. parti harijadi

4. day trip

5. bawa anak-anak dan rakan-rakan mereka bersiar-siar

Aktiviti Cuti Sekolah PERCUMA:

1. Perpustakaan awam: sesi bercerita atau untuk meminjam buku cerita

2. Kedai-kedai buku: acara-acara dan aktiviti percuma (bercerita, mewarna)

3. Pusat-pusat membeli-belah: banyak yang menganjurkan sesi-sesi percuma untuk kanak-kanak dan keluarga

4. Muzium: sesi bercerita, eksplorasi, pertandingan

5. Projek DIY di rumah – dekorasi dinding, taman, lukisan, kerjatangan

6. Baca buku cerita

7. Movie atau Games Nights – ajak sepupu/rakan

8. Kerja-kerja amal – membersihkan masjid, melawat rumah anak yatim

9. Mendengar ceramah agama bersama-sama

10. Kelas Memasak atau Menjahit DI RUMAH


Akhir kata, terimalah sebuah nukilan dari saya untuk sama-sama kita ingat-mengingati:

Di kala sibuk mencari harta

Keluarga di rumah menunggu setia

Luangkan masa, luahkan cinta

Itulah anugerah yang paling istimewa.


Zaid Mohamad

www.SmartParents.com.my

Sunday, October 31, 2010

Ibu Bapa Mengembara, Anak-anak Terbela

Untuk bakal-bakal haji yang akan berangkat ke tanah suci, meninggalkan anak-anak tersayang di rumah adalah salah satu perkara yang mereka risaukan. Untuk menjadikan "perpisahan sementara" ini sesuatu yang tidak membimbangkan, malah boleh memberi manafaat lagi, dicadangkan ibu bapa untuk melaksanakan Pelan Tindakan "4P" Perpisahan Sementara ke Tanah Suci seperti berikut:

1. PERSEDIAAN:

  • Persediaan Minda - beritahu mereka pelan anda ke Tanah Suci seawal mungkin supaya anak2 boleh bersedia secara mental
  • Memilih Penjaga Sementara - bincang dan biarkan mereka memilih siapakah yang mereka selesa untuk tinggal bersama buat (e.g. nenek, datuk, ibu/bapa saudara)
  • "Minggu Suaikenal" - tinggal bersama dengan penjaga sekurang-kurangnya seminggu sebelum berlepas utk membiasakan diri
  • Latihan Berdikari - biarkan mereka membuat sendiri perkara2 dan tanggungjawab asas tanpa bantuan anda
  • Senarai & Talian Kecemasan - senaraikan jika anak-anak ada memerlukan bantuan atau ubatan khas; sediakan beberapa talian kecemasan, beritahu mereka supaya besedia

2. PENJAGAAN DAN DISIPLIN:

  • Rutin Harian - pastikan jadual harian tiada perubahan besar
  • Jadual Peribadi - pastikan setiap anak mempunyai Jadual Harian Peribadi sepanjang pemergian anda
  • Berikan "Kuasa Penguatkuasaan" - maklumkan kepada anak bahawa Penjaga Sementara diberi kuasa menguatkuasakan peraturan dan Jadual Harian

3. PERHUBUNGAN & KOMUNIKASI

  • Telefon setiap hari atau beberapa hari sekali - ucapkan "I Love You" dan kirimkan "ciuman terbang" (flying kiss) sekerap mungkin.
  • Gunakan teknologi - Video Call, Skype
  • Luahkan rasa rindu, kasih-sayang bukannya berleter

4. PENGISIAN MASA:

  • Cadangkan satu projek untuk setiap orang anak (e.g. projek seni, kerjatangan, penulisan, muzik, dll)
  • Projek Membaca Buku - Target sekurang-kurangnya 2 biji buku dihabiskan sepanjang pemergian anda.

Rumusan:

Insyaallah peninggalan anda ke Tanah Suci akan berjaya mencapai 2 objektif - Haji yang Mabrur dan Anak-anak yang meningkat prestasinya.