Kita biasa mendengar tentang ramalan cuaca, tapi pernah kah anda terdengar tentang "ramalan perangai"?
Cuba bayangkan anda akan menziarahi sebuah rumah saudara anda. Rumah tersebut dipenuhi dengan berbagai perhiasan yang mudah pecah kerana tuannya tiada anak kecil. Anda sudah boleh meramal bahawa anak-anak anda akan berlari berkejaran ke sana-sini. Mungkin akan ada barangan yang berkecai nanti.
Itu adalah ramalan perangai! Jika ramalan cuaca mengatakan "hari ini hujan dijangka turun", sudah tentulah anda akan bersedia dengan payungnya, bukan? Begitu juga dengan ramalan perangai. Jika kita sudah boleh agak apakah perkara yang bakal berlaku, lebih baik kita mengambil langkah menanganinya.
Di dalam contoh di atas, kita boleh membuat satu perjanjian dengan anak-anak supaya mereka duduk baik-baik. Jika kita ke pusat membeli-belah, perjanjian yang sama juga boleh dilakukan. Tawarkan hadiah kecil jika mereka berjaya melaksanakan perjanjian tersebut. Sebaliknya, jika gagal, akan ada satu bentuk hukuman yang juga perlu dipersetujui bersama.
Copyright: Smart Parents Network

0 comments:
Post a Comment