Saturday, April 17, 2010

Ajarkan Tanggungjawab Seawal Mungkin...Bagaimana Anak Berumur 5 Tahun Boleh Mengemas Rumah

Anak-anak yang bertanggung-jawab biasanya akan berjaya dalam hidup. Mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan demi sebuah kejayaan. Ini menjadi sebuah pendorong dalaman yang tidak boleh diambil atau dihalang oleh sesiapa pun.
Oleh itu, ajarkanlah mereka sikap bertanggung-jawab seawal mungkin.
Mulakannya di rumah. Suruhlah mereka mengemaskan bilik sendiri, membasuh kasut sekolah atau menggosok baju sendiri, walaupun anda ada pembantu rumah. Semua ini akan memberikan mereka latihan yang sebaiknya sebelum menjelang dewasa.
Di rumah kami, setiap ahli keluarga mempunyai tugasan tersendiri. Anak-anak perempuan menyediakan meja makan dan anak-anak lelaki mesti mengemaskannya selepas itu. Contohnya, Adam yang berumur 5 tahun itupun mesti mengemaskan rumah yang disepahkan olehnya.
Salah satu aksi beliau berjaya dirakamkan di dalam video seperti yang dipaparkan.

video

Semoga video ini akan menjadi motivasi untuk kita semua di dalam menghasilkan seorang individu yang bertanggungjawab di masa hadapan!

0 comments:

Post a Comment