Wednesday, April 28, 2010

Biarkan Mereka Mencuba Sendiri

Kaedah pembelajaran yang terbaik ialah belajar melalui kesilapan. Tetapi, mampukah kita atau anak-anak kita belajar jika kita tidak pernah membuat kesalahan semata-mata kerana kita tidak pernah mencuba?

Oleh itu, kita hendaklah bijak mencari peluang untuk membiarkan anak-anak kita mencuba sesuatu yang baru. Kita mesti menggalakkan anak-anak kita mencuba sendiri, membuat kesilapan dan belajar darinya. Lakukannya dengan penuh kasih-sayang dan tunjuk ajar, bukannya marah-marah dan mengkritik.

Ianya boleh dimulakan dengan hanya membiarkan mereka lakukan tugas seharian di rumah seperti membasuh kasut, menggosok dan melipat baju sendiri. Mereka juga boleh melakukan perkara-perkara lain yang lebih menarik, contohnya:

- membuat kuih/kek/donut setelah anda menunjukkan caranya,
- memasak makanan yang mudah-mudah (di bawaha pengawasan anda)
- membuat air minuman (teh, milo) sendiri
- membuat kerjatangan/seni lukis
- menceburi aktiviti atau sukan baru

Senarainya panjang, anda hanya pelu mencarinya sahaja. Biarkan mereka cuba, jatuh, sakit sedikit, kecewa dan sebagainya sebeleum mereka merasai nikmat kejayaan!

Tanpa mencubanya sendiri, mereka tidak akan tahu perit-jerih kehidupan.
Oleh itu, berikan mereka tugas dan peluang, dan biarkan mereka membuatnya sendiri...

0 comments:

Post a Comment