Adam duduk di tepi katil sambil termenung melihat pemandangan dari tingkap biliknya. Hari ini ialah harijadinya yang ke 12 dan dia tidak sabar menunggu apakah hadiah yang bakal diberikan oleh ibu bapanya.
Kebelakangan ini, ibu dan bapa Adam semakin sibuk. Bapanya baru membuka perniagaan baru dan sibuk menghadiri mesyuarat di sana-sini. Ibunya pula baru dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan dan pulang lewat ke rumah hampir setiap hari.
Tatkala mereka di rumah, Adam takut untuk mengganngu mereka kerana mereka selalu Nampak letih, tidak ceria dan mudah murah. Pernah sekali Papa menengking adiknya, Mira, kerana barang mainannya yang bersepah-sepah. Mira terus berlari naik ke atas dan menangis tersedu-sedu di dalam selimut. Adamlah yang terpaksa memujuk adiknya itu.
Adam amat merindui masa-masa lalu di mana Papa dan Mama kurang sibuk dan mempunyai banyak masa dengan anak-anak. Papa selalu bermain dengan mereka dan mereka tidak pernah ketinggalan makan malam bersama yang dimasak sendiri oleh Mama.
Semua itu tinggal kenangan. Adam merindui waktu-waktu di mana Papa membawa mereka keluar berjalan-jalan atau berpiknik, aktiviti kegemaran keluarganya. Sekarang, apa yang Adam ingat ialah banyak masanya ditemani oleh Bibik. Bibiklah yang memasak untuk mereka. Bibiklah yang menyambut mereka pulang dari sekolah. Bibiklah juga yang menemani mereka bermain di taman permainan.
Di dalam biliknya, Adam mula meneka-neka apakah yang Papa dan Mama akan belikan untuknya. Tiga bulan lepas, adiknya yang kedua, Mina (7 tahun) mendapat sebuah i-Pod. ”Harap-harap Papa belikan aku sebuah i-Phone!” Adam berharap sambil tersenyum. Ini kerana Papa dan Mama nampaknya semakin “bermurah hati” membelikan barangan yang mahal semenjak mereka semakin sibuk kebelakangan ini.
Sementara itu, di penjuru Bandar, satu pasangan suami-isteri kelihatan sedang memujuk antara satu sama lain. ‘Abang, saya rasa amat bersalah kerana telah lama tidak dapat memberikan masa dan perhatian kepada Adam, Mira dan Mina’’ kata Puan Marina sambil mengesat airmata. ‘Abang pun bersalah juga” jawab En. Harris. ‘mari kita balik dan berikan mereka sebaik-baik hadiah untuk anak-anak kita, iaitu Hadiah Cinta & Kasih Sayang’ kata En. Harris mengulangi apa yang beliau pelajari sebentar tadi. Sebenarnya mereka baru sahaja selesai menghadiri sebuah seminar ibu bapa anjuran seorang perunding ibu bapa.
Malam itu, rumah Keluarga Adam nampak amat ceria setelah sekian lama. Mereka baru sahaja selesai menyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi” untuk Adam. Puan Marina kelihatan sedang memeluk erat Mina dan Mira seolah-olah mereka telah terpisah selama sebulan. Papa kelihatan tersenyum riang sambil bergurau dengan Adam. Namun, tidak kelihatan sebarang hadiah pun di atas meja.
Tiba-tiba Adam tersenyum sambil berkata, “Mama, Papa, sekarang Adam dah tahu apakah yang Adam nak untuk harijadi kali ini. Mula-mula Adam nak i-Phone, tapi Adam dah tak mahukannya lagi” En. Harris kelihatan risau jika apa yang dipinta Adam sesuatu yang jauh lebih mahal. “Adam dah tak perlukan apa-apa hadiah lagi. Papa dan Mama dah berikan hadiah yang terbaik – masa dan kasih-sayang dari Papa dan Mama. ADAM SAYANG MAK DAN AYAH!!”

0 comments:
Post a Comment