MHI Talk Sheet: Bagaimana Untuk Berbincang Isu Gaza dengan Anak-anak
Saya cadangkan ibu bapa membahagikan isu ini kepada 3 bahagian:
A. Ceritakannya dalam bentuk yang boleh difahami oleh kanak-kanak supaya mereka faham tanpa mengganggu emosi
Gunakan analogi “A Bug’s Life” di mana semut-semut kecil dibuli/dijajah dengan teruk oleh sekumpulan belalang jahat. Walaupun bilangannya jauh lebih banyak, si semut telah termakan propaganda si belalang bahawa dunia mereka sentiasa diancam musuh-musuh. Si semut telah didedahkan dari kecil bahawa hanya si belalanglah yang mampu membela dan mempertahankan mereka.
Suatu hari seekor semut yang bijak menyedari mereka telah ditipu dan dianiaya. Ia mendedahkan perancangan jahat belalang kepada kaumnya. Mereka bangkit dan menggunakan ilmu si semut yang bijak tadi – belalang takut kepada burung. Model burung besar di bina dan belalang berjaya dihapuskan dari bumi mereka.
B. Ajarkan anak-anak untuk memfokuskan kepada yang positif:
Rasional – jangan terlalu emosional: ceritakan sebab mengapa Israel takut kepada Palestin. Ceritakan siapa “belalang” (musuh) yang sebenarnya – iaitu rejim Zionis dan sekutunya. Elakkan generalisasi (e.g. semua orang Yahudi atau Amerika itu jahat.
Sebarkan cinta, bukannya kebencian: fokuskan kepada nasib yang menimpa rakyat Palestine agar timbul perasaan kasih-sayang dan sensitif kepada perjuangan mereka. Kurangkan mengutuk rejim Yahudi secara berlebihan dan tanpa tujuan kerana kebencian adalah salah satu dari penyakit hati.
Tukarkan tenaga marah (negatif) kepada azam dan jihad untuk memperkuatkan diri dan ummah (positif)
C. PALING PENTING : Cari pengajaran & buat pelan tindakan sekeluarga:
Si semut lemah dan ditindas kerana tidak mengetahui mereka sebenarnya kuat. Jangan pula kita terikut-terikut cara hidup Yahudi dan Nasrani – nanti kita sama sahaja dengan mereka. Sebaliknya, berbanggalah dengan cara hidup Islam kita. Tanamkan kepercayaan bahawa ilmu pengetahuan adalah senjata yang paling kuat.
Galakkan anak-anak mencari ilmu. Suruh mereka luangkan 30 minit sehari untuk membaca buku. Bacakan buku kepada anak kecil termasuk bayi yang masih dalam kandungan. Jangan risau untuk “berbelanja” kepada pendidikan (sesetengah ibu bapa tak mahu bayar lebih untuk pendidikan, tapi sanggup menggadai harta benda mengikat-jamin anak dari penjara). Ibu bapa perlu tambahkan ilmu keibubapaan untuk membina ummah yang berjaya.
Semoga kita akan bersama-sama bangun memajukan ummah, seorang anak di satu masa!!
Zaid Mohamad
0 comments:
Post a Comment