Sunday, September 19, 2010

Persediaan Terakhir Untuk UPSR

Hari Selasa ini bermulalah peperiksaan UPSR 2010. Hari Jumaat lepas saya dijemput ke TV3 dalam program MHI untuk membincangkan topik ini. Berikut ialah point-point yang saya telah bincangkan. Nanti saya akan uploadkan videonya juga di sini:

1. Sekarang adalah masa untuk "Serahkan Kepada Tuhan":

a. lakukan solat Hajat - seisi keluarga
b. lakukan solat Dhuha juga
c. berdoa ketika solat fardhu - terutama ketika sujud akhir
d. elakkan dari memberi tekanan berlebihan untuk mengelakkan rasa panik

2. Lakukan latihan-latihan ringan sahaja untuk menyegarkan ingatan - bagi
setiap soalan yang salah, tanya ibu bapa atau guru.

3. Pada hari peperiksaan, pergi dengan tenang, senyum dan penuh keyakinan
yang kita telah membuat persediaan sebaiknya - ibubapa TIDAK perlu
menunggu ketika peperiksaan kecuali jika dipinta oleh anak (walaupun ini jarang berlaku).

4. Selepas peperiksaan, tak perlu risau berlebihan untuk mengetahui
jawapan yang betul atau salah. fokuskan kepada subjek yang seterusnya
dengan latihan ringan dan bertanya/berbincang dengan ibubapa/rakan/guru.

5. Ibubapa BOLEH berusaha membantu secara langsung - baca surah Yaasin
ketika anak-anak sedang menduduki peperiksaan.

6. Ingatkan kepada anak-anak agar yakin dengan kebolehan sendiri. Beikan
kata-kata semangat yang penuh kasih-sayang. Elakkan dari berleter dan
mengkritk kerana ini boleh mengganggu emosi mereka.

7. Buat azam untuk bermula dengan awal bagi anak-anak yang lain yang
bakal menduduki peperiksaan.

AKHIR SEKALI, SELAMAT BERJAYA KEPADA ANAK-ANAK DAN IBU BAPA JUGA!

0 comments:

Post a Comment