Sunday, October 31, 2010

Ibu Bapa Mengembara, Anak-anak Terbela

Untuk bakal-bakal haji yang akan berangkat ke tanah suci, meninggalkan anak-anak tersayang di rumah adalah salah satu perkara yang mereka risaukan. Untuk menjadikan "perpisahan sementara" ini sesuatu yang tidak membimbangkan, malah boleh memberi manafaat lagi, dicadangkan ibu bapa untuk melaksanakan Pelan Tindakan "4P" Perpisahan Sementara ke Tanah Suci seperti berikut:

1. PERSEDIAAN:

  • Persediaan Minda - beritahu mereka pelan anda ke Tanah Suci seawal mungkin supaya anak2 boleh bersedia secara mental
  • Memilih Penjaga Sementara - bincang dan biarkan mereka memilih siapakah yang mereka selesa untuk tinggal bersama buat (e.g. nenek, datuk, ibu/bapa saudara)
  • "Minggu Suaikenal" - tinggal bersama dengan penjaga sekurang-kurangnya seminggu sebelum berlepas utk membiasakan diri
  • Latihan Berdikari - biarkan mereka membuat sendiri perkara2 dan tanggungjawab asas tanpa bantuan anda
  • Senarai & Talian Kecemasan - senaraikan jika anak-anak ada memerlukan bantuan atau ubatan khas; sediakan beberapa talian kecemasan, beritahu mereka supaya besedia

2. PENJAGAAN DAN DISIPLIN:

  • Rutin Harian - pastikan jadual harian tiada perubahan besar
  • Jadual Peribadi - pastikan setiap anak mempunyai Jadual Harian Peribadi sepanjang pemergian anda
  • Berikan "Kuasa Penguatkuasaan" - maklumkan kepada anak bahawa Penjaga Sementara diberi kuasa menguatkuasakan peraturan dan Jadual Harian

3. PERHUBUNGAN & KOMUNIKASI

  • Telefon setiap hari atau beberapa hari sekali - ucapkan "I Love You" dan kirimkan "ciuman terbang" (flying kiss) sekerap mungkin.
  • Gunakan teknologi - Video Call, Skype
  • Luahkan rasa rindu, kasih-sayang bukannya berleter

4. PENGISIAN MASA:

  • Cadangkan satu projek untuk setiap orang anak (e.g. projek seni, kerjatangan, penulisan, muzik, dll)
  • Projek Membaca Buku - Target sekurang-kurangnya 2 biji buku dihabiskan sepanjang pemergian anda.

Rumusan:

Insyaallah peninggalan anda ke Tanah Suci akan berjaya mencapai 2 objektif - Haji yang Mabrur dan Anak-anak yang meningkat prestasinya.

0 comments:

Post a Comment