Sunday, August 7, 2011

Skrip & Behind the Scene: Puasa Pertama Si Anak Kecil

Salam semua & Selamat Berpuasa! Yeap, memang dah lama saya tak berkesempatan nak update blog, sebab perlu bagi masa dengan jadual kehidupan yang padat. Insyaalah saya cuba ubah dan cari baru untuk lebih aktif "blogging". Belum terlambat rasanya kalau saya kongsikan skrip saya ketika muncul di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 pada hari Rabu, Julai 27 lepas dan berbincang mengenai cara menangani puasa pertam
a si anak kecil...

Bukti kita boleh mula melatih anak berpuasa - Sunnah Rasulullah:

Dalam salah satu hadis, Rasul mengatakan, "Kami puasakan pula anak-anak kecil kami, dan kami berangkat ke masjid dengan menjadikan mainan dari kapas buat mereka, jika ada salah seorang dari mereka menangis minta makanan, kami berikan mainan itu kepadanya sampai masuk waktu berbuka." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Usia terbaik/ideal untuk bermula:

  • Tidak dinyatakan dalam mana-mana hadith atau sunnah
  • Tapi elok jika gunakan suruhan solat sebagai panduan – umur 7 tahun
  • Tapi boleh bermula seawal 6 tahun untuk membiasakan dengan rutin berpuasa seperti bersahur, berbuka

Bagaimana cara sistematik melatih mereka:

  • Jadikan ianya ceria dan penuh kasih-sayang, bukannya paksaan
  • Paksaan akan membahayakan fizikal dan juga mental (membentuk persepsi buruk bahawa puasa itu "membebankan".)

o Boleh dihentikan puasa jika anak betul-betul tidak tahan

o Sentiasa pantau, tanya dan perhatikan keadaan mereka

  • Lakukan secara berkala di peringkat awal – 4 jam, 8 jam, 13 jam.
  • Pastikan mereka mendapat khasiat seimbang yang diperlukan

Cara memotivasikan mereka agar puasa penuh

  • Perbetulkan niat kita – bukan untuk berbangga-bangga
  • Sediakan minda mereka:

o Ceritakan dalam bentuk “adventure”: kita akan masuk “Kem Ramadhan” di mana kita akan berlatih menjadi “Superman”;

o Bila keluar nanti, kita akan menjadi kuat dan gagah

o Gunakan karakter kegemaran mereka, seperti siri Upin & Ipin, episod "Berpuasa"

  • Lebihkan galakan moral, pujian dan kasih saying
  • Fleksibel – kurangkan paksaan, tetapi lebihkan galakan/pujian dan kasih-sayang
  • Alihkan perhatian mereka dari fokus kepada makan minum kepada fokus akan aktiviti, permainan (sunnah Rasulullah)

Raikan Kejayaan!

  • Sistem anugerah / hadiah – baik atau buruk?

o Elakkan berjanji untuk member hadiah materialistic atau wang ringgit – dikhuatiri anak terkeliru, dan menjadi “budaya baru”

o Cukup sekadar menyediakan juadah kegemaran mereka semasa berbuka (walaupun berbuka awal)

o Fokuskan kepada ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah SWT

  • Boleh beri hadiah, tetapi jadikannya sebagai sebuah “kejutan” ketika Syawal nanti, atau berikan “Sijil Penghargaan”

Berikut ialah gambar-gambar "Behind the Scene" semasa rancangan tersebut:


Dato' Khairul Anwar Rahmat (Lawyer, SukaGuam) ke udara sebelum giliran saya


Abby tengah meneliti kertas program


Sempat bertukar-tukar kad dengan Dato' Khairul


Giliran Zaid Mohamad pula. Bersiap-sedia untuk ke udara


Habis dah!


Hos MHI: Abby & Fedtri sedang berceloteh







0 comments:

Post a Comment